
Penari Orang Ulu sedang buat persembahan.
Kampung Budaya Sarawak yang juga dikenali sebagai Sarawak Living Museum ataupun Muzium Hidup Sarawak ini terletak di kaki Gunung Santubong, 35 km daripada Bandaraya Kuching. Kampung Budaya Sarawak menampilkan kebudayaan masyarakat majoriti di Sarawak antaranya seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan Penan.
Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak adalah sesuatu yang wajib jika anda berkunjung ke Kuching. Pelbagai budaya dan kraftangan ada di sini antaranya seperti Kain Songket, Pua Kumbu, Melanau Terendak, Bidayuh tambok, Iban Parang and ukiran kayu orang Ulu dan seramik Cina.

Rumah Orang Bidayu.
Ada juga persembahan live selama 45 minit disajikan kepada para pengunjung di Kampung Budaya Ini. Pastinya ianya seolah-olah anda melawat ke seluruh negeri Sarawak cuma dalam masa satu hari saja. Pelbagai kemudahan juga disediakan di sini seperti kedai kraftangan, restoran, surau, dan homestay room.

Di Dalam Ruai Rumah Iban.

Rumah Orang Ulu...Tinggi...
Pada 31 0gos yang lalu, bersempena dengan sambutan hari merdeka yang ke 51, aku, Cekgoo Nazri, Cekgoo Azri dan Cekgoo Am telah berkunjung ke Kampung Budaya bagi memenuhi permintaan Cekgoo Am yang berkhidmat di Sabah.

Rumah Orang Melanau
Buat pertama kalinya jugaklah aku mencuba satu permainan tradisional masyarakat org Sarawak iaitu menyumpit. Mula-mula tu memanglah susah, tetapi selepas dua tiga kali percubaan akhirnya aku tahu teknik sebenar untuk menyumpit target. Dapat lah jugak kitaorg cenderamata dari Kampung Budaya atas usaha kitaorang untuk menyumpit tepat ke arah target. Ianya merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan dan tak mungkin akan di lupakan.

Rumah Orang Melayu

Motif Orang Ulu yang Sangat Cantik
Ucapan terima kasih yang tak terhingga sebenarnya aku nak ucapkan kepada rakan-rakan aku yang telah membantu kitaorang utk mendapatkan tiket dengan harga yang murah dan membuatkan kami berempat selesa dengan suasana di Kampung Budaya. Next time tolong lah lagi yer Neng, Bob dan Benjamin yer.
Sempat lagi posing dekat rumah Orang Ulu
From left:Cekgoo Am, Me, Cekgoo Azri and Cekgoo Nazry
2 comments:
kiter mmg salute kat awak...
ada masa ek update blog nie..
kiter teringin nak gak buat...
hujung tahun ni insyallah..
kpg budaya mmg best...!!! mun ktk g sia gik, mek mok itottt... =)
-fyruza-
Post a Comment