
Hari ni sudah masuk hari kedua anak-anak didik ku menduduki peperiksaan percubaan SPM. Dan hari ini mereka akan menduduki kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 serta kertas Sejarah 1. Sebagai seorang pendidik, debaran tu memang terasa sgt. Harap-harap diaorang dapat menjawab semua soalan-soalan yang disediakan tu dgn baik. Kekadang tu tension jugak tgk mana mana anak didik kita yang masih tak serius di dalam menghadapi peperiksaan percubaan ini. Mungkin for them, this is only a trial, but actually this exam should be tempat atau kayu pengukur kepada setakat mana mereka benar-benar telah bersedia menghadapi peperiksaan yang sebenarnya. Sikap yang sebeginilah yang membuatkan aku berdebar-debar akan nasib mereka di dalam menghadapi peperiksaan yang sebenarnya November ini.
Di kesempatan ini juga, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Madam Anna Muda yang telah berjaya menjadi Guru Cemerlang untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Diharap dengan perlantikan ini, matapelajaran Bahasa Inggeris SM Teknik Kuching akan terus berada di tangga terbaik untuk keputusan SPM mendatang. Sesungguhnya perlantikan Madam Anna itu menjadi pemangkin semangat aku untuk menjadi guru cemerlang juga seperti dia satu hari nanti. God Bless.

No comments:
Post a Comment