SELAMAT DATANG...WELCOME

CINTA @ LOVE...ENJOY


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, September 9, 2008

Full House

The 3 Bears Song - Full House (Korean Drama Series)



Pernah tengok cerita ni tak? Aku ni bukanlah minat sangat cerita-cerita Korea ni, tapi kebetulan ada sorang kawan aku ni memang minat giler kat citer2 Korea so aku pun tertengok satu cerita ni. Tajuknya Full House. Aku consider cerita ini berunsurkan romantik komedi. Mula-mula tu taklah interested sgt nak tgk..tapi bila layan jugak dgn member aku tu..akhirnya aku dah pun beli VCD cerita tu untuk semua episod sebab memang tak rugi kalau korang tengok citer Full House ni.

Filem ini membariskan beberapa nama pelakon Korea yang dah establish di persada filem di sana seperti Song Hye-kyo, Rain, Han Eun-Jeong, dan Kim Sung-soo.


Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Han Ji Eun (Song Hye-kyo) yang sedar bahawa dia telah ditipu oleh dua orang kawan baiknya sendiri ketika beliau pergi melancong ke China, telah berjumpa secara kebetulan dengan seorang pelakon popular Korea yang bernama Lee Young Jae (Rain)di dalam flight yang sama ke China. Bermula dari pertemuan itulah, si Han Jie Eun telah meminta pertolongan Lee Young Jae untuk meminjamkannya sedikit wang untuk pulang semula ke Korea. Akibat daripada itu, Lee Young Rae telah membuat satu perjanjian dengan Han Ji Eun.
Cerita ini menjadi tambah menarik apabila secara kebetulan, Le Young Rae telah membeli rumah peninggalan arwah org tua Han Jie Eun yang di panggil Full House. Maka banyaklah perkara lucu yang telah berlaku diantara mereka berdua sehingga memaksa mereka untuk berkhawin secara kontrak demi kerjaya Lee Young Eun. Pelbagai insiden berlaku di dalam citer ini termasuklah dilema yang dihadapi oleh Lee Young Eun apabila dia terpaksa berdepan dengan kekasih lamanya iaitu Yoo Min Nyuk (Ha Eun-Jeong) yang juga pernah bercinta dengan kawan baiknya sendiri iaitu Kang Hae Won (Kim Sung-soo).

Sesuatu yang tak boleh dilupakan dan sangat lucu di dalam citer ini adalah bila mana si Lee Young Jae dan Han Ji Eun sering menggunakan lagu The 3 Bears song untuk memujuk sesama sendiri apabila salah seorang daripada mereka merajuk.

Apakah wujud cinta di dalam hati Han Jie Eun yang berkhawin secara kontrak dengan Lee Young Jae? Adakah Lee Young Jae dapat meluahkan rasa cintanya kepada Yoo Min Nyuk atau apakah Kang Hae Won yang berjaya menambat hati si Yoo Min Nyuk? Apakah kesudahan kisah Han Ji Eun dan Lee Young Jae? Jangan lupa untuk dapatkan semua jawapan ini dengan menonton cerita Full House yang pernah ditayangkan di TV atau dapatkan vcd yang original yang terdapat dipasaran. Tak rugi jika anda menonton citer itu. Selamat Menonton...

1 comment:

Anonymous said...

aihhh..kenak letak pic kawen mek kat ctok??hehehehe..**perasan!
cita fullhouse tok best gilak..lawak..cdey..sumanya ada..sik boring nengok cita tok...best..best..best! =)

-fyruza-