SELAMAT DATANG...WELCOME

CINTA @ LOVE...ENJOY


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, October 17, 2009

Glamour Raya D TEKKU 09



Belum terlambat rasanya cekgoo nak wish all the muslim in Malaysia..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Sebagai rakyat Malaysia..cekgoo pun turut serta memeriahkan suasana Hari Raya 2009 dengan membeli 2 pasang baju melayu, songkok, chapal, dan kain songket...paling penting kerongsang...koleksi yang tak boleh di tinggalkan....


Cekgoo bersama pelajar-pelajar Automotif

Sebelum cekgoo nak teruskan pasal aktiviti cekgoo masa sebelum dan semasa hari raya 2009, rasa excited ny cekgoo nak kongsikan sambutan Glamour Raya D Tekku yang telah di sambut pada 9 Oktober 2009 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang SM Teknik Kuching. Dengan perlantikan sebagai pengarah program, memang besar rasanya tanggung jawab yang digalas...tetapi berkat kerjasama barisan ajk yang bertanggung jawab...secara keseluruhannya program itu telah diadakan dengan meriah dan success. Terima Kasih yang tak terhingga buat semua warga TEKKU yang membantu menjayakan program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan Glamour Raya bagi tahun 2009.
Istimewanya Rumah Terbuka Aidilfiti TEKKU tahun ini adalah gabungan bersama dengan program RIMUP. Tahun ini TEKKU bukan hanya menerima kunjungan ALUMI dan barisan-barisan ahli PIBG sahaja tetapi juga menerima kedatangan keluarga RIMUP kami iaitu pelajar-pelajar SMK St Thomas dan sekolah angkat kami iaitu pelajar-pelajar tahun 6 daripada SRK ST Elizabeth. Kehadiran mereka menambahkan lagi suasana yang meriah untuk sambutan tahun ini.


Pelajar-pelajar PKA


Suasana rumah terbuka KATERING

Sebanyak 11 rumah terbuka daripada semua kursus yang ditawarkan di TEKKU dibuka untuk kunjungan semua tetamu yang hadir. Rumah-rumah terbuka ini ditempat di dua tempat yang berbeza iaitu di dalam dewan dan di kantin sekolah TEKKU. Semua rumah terbuka yang terlibat telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan menyediakan juadah-juadah raya yang bebeza daripada satu sama lain. Tahniah buat semua rumah-rumah terbuka yang terlibat.
Yang uniknya sambutan tahun ini juga, Cekgoo Nazri telah mendirikan sebuah Teratak Aidilfitri di tengan tengah dewan TEKKU untuk barisan barisan VIP yang hadir. Sesungguhnya usaha Cekgoo Nazri yang dibantu oleh dua orang pelajar TEKKU iaitu Fitri daripada 5 PPN dan Hafiz daripada 5EE telah mencantikkan lagi panorama dan suasana di dalam dewan.


Tetamu VIP di Teratak Aidilftri


Bersama dengan Cekgoo Hamidah dan Cekgoo Nazri


Bekas pelajar sesi 2007/2008 yang turut hadir


Menyanyikan lagu Selamat Hari Raya

Selain daripada menjamu selera, semua tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan beberapa persembahan yang dipersembahkan oleh beberapa orang pelajar dan guru termasuklah cekgoo sendiri. Cekgoo telah menyanyikan lagu Selamat Hari Raya yang telah dipopularkan oleh Ahmad Jais. Terima kasih juga buat semua pelajar dan guru yang terlibat dengan persembahan pada hari itu.
Acara diteruskan lagi dengan pemberian duit raya oleh warga TEKKU kepada pelajar-pelajar SMK St Thomas dan SRK St Elizabeth yang disampaikan sendiri oleh YDP PIBG, Pengetua SMT Kuching, PK HEM dan PK Ko-Ko. Dipenghujung majlis pada hari itu adalah acara kemuncak segala-galanya iaitu pnyampai hadiah kepada Pemenang-pemenang bagi kategori Rumah Terbuka Aidilfitri terbaik, Anugerah Pakaian Glamour untuk guru atau staff dan juga untuk kategori pelajar. Tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya dianugerahkan pada hari itu. Cekgoo telah memenangi kategori Pakaian Glamour bagi kategori Guru@Staff lelaki dan bagi kategori Pakaian Glamour Guru@Staff perempuan dimenangi oleh Cekgoo Fyruza. Manakala bagi kategori pelajar, Syaufi daripada 5 KAT dan Rina daripada 4 KAT telah memenangi anugerah Pakaian Glamour bagi kategori pelajar. Untuk kategori Rumah Terbuka terbaik, tahniah dan syabas diucapakan buat Kursus EE yang telah mendapat tempat pertama dan diikuti oleh Kursus PKA ditempat kedua dan Kursus KAT untuk tempat ke-3.


Gaya Glamour Raya Cekgoo

Kesimpulannya, tema Glamour Raya yang diplih tahun ini sememangnya tepat kerana semua guru, pelajar dan tetamu jemputan telah bergaya sakan demi memeriahkan suasana program tersebut. Sebagai pengarah program, saya ingin memohon maaf secara terbuka disini seandainya ada kelemahan yang tidak disegajakan sepanjang program ini dijalankan dan sebaiknya kelemahan ini pasti akan diperbaiki untuk program yang sama pada tahun 2010 nanti. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Rindunya....


Dah almost a year tak jenguk blog ni akibat demam Facebook...anyway...those yg ada facebook...just add me at thomastekku@gmail.com k.
Banyak benda yang bakal di kongsikan bersama-sama selepas ni dengan slow slownya...saya akan ceritakan satu persatu....dari latihan senamrobik, Hari raya, bowling...The Spring...dan macam macam lagi...so...just wait and follow this blog k..and don't forget to comment on it...so lastly, don't forget to add my facebook okie