12/6/2008 merupakan tarikh keramat di mana aku selamat ditunangkan dengan seorang gadis yang bernama Jenetta Kristine di Kampung Giam Baru. Hari tu merupakan hari yang paling mendebarkan bagi aku sebab aku dah tak boleh menjadi seorang bujang yang bebas macam dulu lagi..(tapi aku tetap aku). Majlis yang bermula lebih kurang pukul 7.30 malam tu, dirahmati dengan suasana yang sejuk sebab hujan turun dengan lebatnya..(harapnya petanda yang baik..think positive bah).
Ramai gak kawan-kawan rapat aku terkejut dengan keputusan aku ni tapi aku harap kawan-kawan aku faham dengan penjelasan yang aku dah bagitau diorang semua. Doakanlah semoga jodoh aku dengan sidia akan kekal sehingga ke akhir hayat (amin).
Majlis yang berlangsung dengan sederhana tu bagi aku satu majlis yg aku harap-harapkan kerana byk kawan-kawan aku yang datang merestui pertunangan aku dengan Jenetta. kelihatan diraut wajah diaorg byk persoalan tapi di bibir masing-masing terukir senyuman semangat diaorang semua. Thanks a lot my friends. I will not forget that day.
Majlis perkhawinan aku nanti aku khabar-khabarkanlah kat korang semua seandainya tiada halangan. Kemungkinan tahn 2009, tahun aku menamatkan zaman bujang aku. harapannya semoga semuanya berjalan dengan lancar. Pray to God.