SELAMAT DATANG...WELCOME

CINTA @ LOVE...ENJOY


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, May 28, 2008

My Sis's Wedding

Benda ni dah lama dah..tahun lepas kot tapi sebab aku nak gak masukkan kat dlm blog aku ni...aku pun masukkanlah. Adik perempuan aku..yg di only one ni akhirnya mendapat jodoh dengan seorang Engineer Kilang Kelapa Sawit di area Niah. Budak lepas UiTM Shah Alam juga sama macam aku. At least aku dah ada seorang adik ipar..namanya Clement. Sekarang diaorg pun dah dikurniakan seorang cahaya mata yg dinamakan Viviana Chaya Usau. Cute giler. First time holding anak buah ni membuat kan aku gembira tak terkata. Aku dah jadi uncle akhirnya..So I hope that their family will be together forever and ever.

AKADEMI FANTASIA 6


Walaupun AF6 dah tamat sesi pengajiannya dan dah ramai pun org yang bagi comment about the event, aku pun nak ambik kesempatan ni nak buat ulasan aku yang tersendiri mengenai konsert final AF 6 yang lalu. Keputusan malam tu memang aku setuju 100% untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Pasal tempat keempat dengan kelima tu aku tak kisah sgt.




STACY-Seorang gadis dari Sabah yang pada awal kemunculannya memang aku tak tahu dia nie bakal jadi juara atau pun tak. Tapi sejak dia nyanyi lagu Rela aku dah mula agak dia nie memang ada aura nak jadi juara. Tapi masa tu aku masih tak yakin, yelah maklum saja takut peminat dia tak sebanyak peminat bintang-bintang yg lain daripada semenanjung. Sangkaan aku rupanya salah. Sememangnya, peminat industri muzik kita dah tak buta. Pilihan mereka semua memang tepat. Peningkatan yang ditunjukkan oleh Stacy memang ketara dari minggu ke minggu. Cuma kekadang tu aku rasa tak puas hati gak bila mana ada sesetengah pengkritik tu mengkritik persembahan dia. Memanglah kritikan tu kritikan membina..tapi kena lah tgk persembahan apa yg ditonjolkan oleh Stacy. Kekadang lagu yang dia nyanyikan tu belum tentu pelajar lain dapat buat...but she has proved to us that she can make good. Apapun..Tahniah buat Stacy yang berjaya menjadi juara mewakili Borneo. Bangga aku lahirnya seorang lagi bintang hebat daripada Sabah. Alamak..Terlebih Sudah. (Tak terlebih pun...hehehehe)




RIZ-Naib juara AF6 ni pulak daripada awal-awal lagi memang aku dah mula tertarik dengar suara ala-ala R&B pop dia tu. Dalam banyak-banyak persembahan dia memang aku suka masa dia nyanyi lagu Seribu Tahun. Memang sedap. Layan jugak. Keyakinan Riz ni memang ketara kalau dia menyanyi di mana dia sentiasa nak cuba memastikan lagu-lagu yang dia nyanyikan tu adalah lagu yang berimejkan Riz bukan penyanyi asal tersebut. WALAUPUN...(statment panazz dia) kekadang tu tak menjadi tapi at least dia mencuba. Malam final tu masa dia nyanyi lagu 11 September tu not bad gak cara dia mempersembahkan lagu tu cuma masa tu aku memang dapat agak dah si Riz ni meang no.2. Apa Ke henye yob...lu pikirlah sendiri. Good Luck Riz




NUBHAN-Cayalah....statment si budak nogeri ni. Heran jugak aku dari konsert 1 sampailah final, kenapa AC cakap nogeri dgn dia. Bukan tak suka cuma tak best..lawak bunyinya. Suara Nubhan ni memang suara yang aku nak sgt..tapi ado ke? Memang gemersik suara si Nubhan ni. Mula-mula tu memang lah tak jangka pun dia ni masuk Final tapi melihat dia menyanyikan lagi Tapi Bukan Aku tu memang aku for sure punya dia masuk final. Antara persembahan Nubhan yang aku masih ingat dan tak kisah tgk byk kali kat YouTube ialah seperti Tak Bisa Memilihmu dan yang paling hot aku rasa adalah maa Final masa dia nyanyi lagu baru dia tu, Ada Untuk Mu. Lirik dia, suara dia, music arrangement semua macam kita dah biasa dengarkan lagu tu. Apa-apa pun, macam kata Ning Baizura, Nubhan kena make sure find a right person yang boleh memastikan kerja seni Nubhan akan terus kekal. CAYALAH...

Thanks Joanna...


Fuyoo...ingat senang nak buat blog ni..tapi boleh crack gak kepala pikirkan caranya...yg penting kesabaran. Nasib baik ada seorang kawan aku namanya Joanna ni sanggup nak tolong aku yang masih baru dalam hal nak buat blog ni...banyak benda yang dia dah ajar aku sampai aku addicted nak buat yang lebih baik..kalau ada sesiapa saja kat luar sana yang membaca blog aku ni..kalau-kalau rasa nak upgrade dan nak tolong aku buat blog nie lagi mantap..sila-silakanlah..bagitau kat comment corner tu okie...To Miss Joanna...Thank you so much for helping me.

Tuesday, May 27, 2008

My Life With PESKA UiTM Shah Alam


Aku menulis topik ni sebab aku terbaca pasal blog PESKA UiTM (http://wwwpeskauitm.blogspot.com/). Yang terharu sebab ada gak gambar aku kat situ walaupun dah lama aku tinggalkan PESKA.Ingat jugak diaorg kat aku. So dikesempatan ini au nak add some more pictures untuk tatapan memori kawan-kawan semua. Kalau aku dah scan semua pics tu, ko bolehlah amik gambar2 tu...Memori dengan PESKA memang takkan aku lupakan seumur hidup aku. Banyak pengalaman yang aku rasa tak akan aku dapat di mana-mana. Terima Kasih Tuan Haji yang terima aku masuk Peska.. To all my team at that time...thanks for the best relationship.

Welcome...Selamat Membaca...Aram Macha

Sesungguhnya....aku ni memang suka surf internet untuk bahan P&P tapi terdetik hati aku ni nak tetiba buat blog sendiri untuk luahan hati dan perkongsian perjalanan hidup macam title blog aku...hehehe..mungkin nampak macam poyo tapi pedulilah...kata Nabil (Raja Lawak 2)...Lu Pikirlah Sendiri....kahkahkah...
Teruskan membaca, memberi komen yang boleh upgrade aku punya blog dan my life itself. To those yang rasa tak minat..thank you jugak sebab singgah kejap....hehehehe. Tahukan jalan nak keluar?My pleasure. (Will be continued)