Belum terlambat rasanya cekgoo nak wish all the muslim in Malaysia..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Sebagai rakyat Malaysia..cekgoo pun turut serta memeriahkan suasana Hari Raya 2009 dengan membeli 2 pasang baju melayu, songkok, chapal, dan kain songket...paling penting kerongsang...koleksi yang tak boleh di tinggalkan....
Cekgoo bersama pelajar-pelajar Automotif
Sebelum cekgoo nak teruskan pasal aktiviti cekgoo masa sebelum dan semasa hari raya 2009, rasa excited ny cekgoo nak kongsikan sambutan Glamour Raya D Tekku yang telah di sambut pada 9 Oktober 2009 bertempat di Dewan Mutiara Gemilang SM Teknik Kuching. Dengan perlantikan sebagai pengarah program, memang besar rasanya tanggung jawab yang digalas...tetapi berkat kerjasama barisan ajk yang bertanggung jawab...secara keseluruhannya program itu telah diadakan dengan meriah dan success. Terima Kasih yang tak terhingga buat semua warga TEKKU yang membantu menjayakan program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan Glamour Raya bagi tahun 2009. Istimewanya Rumah Terbuka Aidilfiti TEKKU tahun ini adalah gabungan bersama dengan program RIMUP. Tahun ini TEKKU bukan hanya menerima kunjungan ALUMI dan barisan-barisan ahli PIBG sahaja tetapi juga menerima kedatangan keluarga RIMUP kami iaitu pelajar-pelajar SMK St Thomas dan sekolah angkat kami iaitu pelajar-pelajar tahun 6 daripada SRK ST Elizabeth. Kehadiran mereka menambahkan lagi suasana yang meriah untuk sambutan tahun ini.
Pelajar-pelajar PKA
Suasana rumah terbuka KATERING
Sebanyak 11 rumah terbuka daripada semua kursus yang ditawarkan di TEKKU dibuka untuk kunjungan semua tetamu yang hadir. Rumah-rumah terbuka ini ditempat di dua tempat yang berbeza iaitu di dalam dewan dan di kantin sekolah TEKKU. Semua rumah terbuka yang terlibat telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan menyediakan juadah-juadah raya yang bebeza daripada satu sama lain. Tahniah buat semua rumah-rumah terbuka yang terlibat. Yang uniknya sambutan tahun ini juga, Cekgoo Nazri telah mendirikan sebuah Teratak Aidilfitri di tengan tengah dewan TEKKU untuk barisan barisan VIP yang hadir. Sesungguhnya usaha Cekgoo Nazri yang dibantu oleh dua orang pelajar TEKKU iaitu Fitri daripada 5 PPN dan Hafiz daripada 5EE telah mencantikkan lagi panorama dan suasana di dalam dewan.
Tetamu VIP di Teratak Aidilftri
Bersama dengan Cekgoo Hamidah dan Cekgoo Nazri
Bekas pelajar sesi 2007/2008 yang turut hadir
Menyanyikan lagu Selamat Hari Raya
Selain daripada menjamu selera, semua tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan beberapa persembahan yang dipersembahkan oleh beberapa orang pelajar dan guru termasuklah cekgoo sendiri. Cekgoo telah menyanyikan lagu Selamat Hari Raya yang telah dipopularkan oleh Ahmad Jais. Terima kasih juga buat semua pelajar dan guru yang terlibat dengan persembahan pada hari itu. Acara diteruskan lagi dengan pemberian duit raya oleh warga TEKKU kepada pelajar-pelajar SMK St Thomas dan SRK St Elizabeth yang disampaikan sendiri oleh YDP PIBG, Pengetua SMT Kuching, PK HEM dan PK Ko-Ko. Dipenghujung majlis pada hari itu adalah acara kemuncak segala-galanya iaitu pnyampai hadiah kepada Pemenang-pemenang bagi kategori Rumah Terbuka Aidilfitri terbaik, Anugerah Pakaian Glamour untuk guru atau staff dan juga untuk kategori pelajar. Tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya dianugerahkan pada hari itu. Cekgoo telah memenangi kategori Pakaian Glamour bagi kategori Guru@Staff lelaki dan bagi kategori Pakaian Glamour Guru@Staff perempuan dimenangi oleh Cekgoo Fyruza. Manakala bagi kategori pelajar, Syaufi daripada 5 KAT dan Rina daripada 4 KAT telah memenangi anugerah Pakaian Glamour bagi kategori pelajar. Untuk kategori Rumah Terbuka terbaik, tahniah dan syabas diucapakan buat Kursus EE yang telah mendapat tempat pertama dan diikuti oleh Kursus PKA ditempat kedua dan Kursus KAT untuk tempat ke-3.
Gaya Glamour Raya Cekgoo
Kesimpulannya, tema Glamour Raya yang diplih tahun ini sememangnya tepat kerana semua guru, pelajar dan tetamu jemputan telah bergaya sakan demi memeriahkan suasana program tersebut. Sebagai pengarah program, saya ingin memohon maaf secara terbuka disini seandainya ada kelemahan yang tidak disegajakan sepanjang program ini dijalankan dan sebaiknya kelemahan ini pasti akan diperbaiki untuk program yang sama pada tahun 2010 nanti. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Dah almost a year tak jenguk blog ni akibat demam Facebook...anyway...those yg ada facebook...just add me at thomastekku@gmail.com k. Banyak benda yang bakal di kongsikan bersama-sama selepas ni dengan slow slownya...saya akan ceritakan satu persatu....dari latihan senamrobik, Hari raya, bowling...The Spring...dan macam macam lagi...so...just wait and follow this blog k..and don't forget to comment on it...so lastly, don't forget to add my facebook okie
Pada 10/10/2008...SM Teknik Kuching menyambut majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008...memang meriah giler time tu..semua student berpakaian raya masing masing...tak lepas peluanglah aku sekali...hehehe...Habis semua kelas rombongan cekgoo-cekgoo ni pergi..nak rasa suasana meriahnya hari raya kat sekolah. Kat kelas aku sendiri dengan dimainkannya budak budak aku lagu raya..takbir raya...betul betul mewujudkan suasana hari raya yang sebenarnya...
Bulan nie...genaplah aku 29 tahun..tahun ni jugak aku celebrate my day cuma lewat sikit...sorrylah kawan2 kalau lambat pulak eventnya...tapi at least i got something for all of you. Terima kasih aku nak ucapkan firstly to Cekgoo Nazry sebab bagi guna rumah dia celebrate my belated birthday...then to my family, to all my students and friends yang datang on that day.... Feel terharu bila my PKE students give a very cute gift..macam diorg tau jer..yg aku ni suka tie color tu..thank you so much..aku terima hadiahnya....
Hari ini, tamat lah sudah sesi persekolah utk aku dan anak-anak murid ku yang akan mula bercuti sepenuhnya selama 10 hari untuk menyambut perayaan Hari Raya Puasa...di kesempatan ini, cekgoo ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa kepada semua yang mengenali cekgoo secara peribadi ataupun tidak...Ingin juga memohon ampun dan maaf seandainya pernah atau ada terkasar bahasa, tingkahlaku, gaya dan pertuturan sepanjang hidup ini... Sambutlah perayaan tahun ini dengan penuh kemeriahaan dan kegembiraan. Jangan pernah lupa pada mereka yang telah pergi dan ingatilah selalu mereka yang jauh di mata. Sayangilah mereka yang dekat di mata. To all my students in Tekku, diharap raya tahun ni disambut dengan penuh kemeriahan sehabisnya dan to those yang bakal menduduki SPM bulan November ni...ingat..happy..happy jugak..enjoy...enjoy jugak..tapi SPM jangan lupa... daaa
Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepada wanita. Even bunga itu akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan. Kalau tak caya, cubalah. Namun begitu, bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja. Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.
1 Rose Exceptional love all concentrated on you.
2 Roses Two of us deeply in love.
3 Roses I love you.
6 Roses I want to be yours.
9 Roses Love each other eternally.
11 Roses You are the one I love most in my life.
12 Roses Satisfactory union and mutual affinity.
13 Roses Secret admirer.
24 Roses Remember fondly every moment (24 hours cannot forget you).
33 Roses Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.
36 Roses Feeling romantic attachment because you come to me.
44 Roses Constant unchangeable pledge. 50 Roses This is “Regretless Love”.
56 Roses My love.
66 Roses Successful love affair.
99 Roses Love with understanding makes love eternal.
100 Roses Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.
101 Roses No other love but you.
108 Roses Please marry me!
111 Roses Eternal love.
123 Roses Free love.
144 Roses Loving you day and night eternally.
365 Roses Thinking of you everyday, love you everyday.
999 Roses Everlasting and eternal love.
1001 Roses Faithful love, ’till forever
So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?
Rain, Jeong Ji-Hoon (born on 25 June 1982 in Seoul) is a male Korean R&B and pop singer. He has become well-known throughout East Asia as a leading star of the Korean wave: Korea, Japan, Hong Kong, Taiwan, Mainland China, and Thailand . He has been called the "Asian Usher" or the "Asian Justin Timberlake." In April 2006, Time magazine called him the world's second most influential entertainer.
BiographyThe story of his name is rather complicated: he's known by a variety of names in different countries. Although his stage name is an English word, in Korea, he is known as Bi (pronounced like the English word be), which is the Korean word for "rain". In Japan, his name is pronounced Pi ("ピ," pronounced like pea in English). In countries outside of Korea and Japan, the English name Rain prevails.
Rain discovered his passion for dancing ever since he was in the 6th grade. As a teenager, he was part of the boyband group called "fanclub" and years after the group ended, Park Jin Young (Korean producer/singer who worked with American singers Will Smith, Mase, Lil’ Kim, 3LW, Tyrese) took Rain under his wings after he auditioned for JYP Entertainment and trained him for years in dancing and singing. Rain was a back-dancer for a famous Korean singer named Park Ji Yoon and Park Jin Young himself. During those training years, Rain was not at home much and would lie to his parents telling them he was going to study in the library while in fact he went to the dance studio. He struggled financially and at times had to go without meals. Nevertheless, he continued to focus on his dance and singing even though he was anxiously waiting for his debut.
Finally in 2002 he debuted with the song "bad guy" charming fans with his singing and powerful choreography. After the 1st album, he starred in the drama "Sangdoo let’s go to school". Many people were impressed by his acting skills regardless that it was his first time acting in a drama. Following the success of his debut, he came back with a new set of style in his 2nd album and hit song "Way's To Avoid The Sun".
In 2004, he starred in another successful drama called "Full House" which has aired in other Asian countries such as the Philippines, Indonesia, Singapore, Taiwan, Hong Kong, China, Malaysia, Vietnam, Thailand, Japan and was one of the highest rated Korean dramas which has won the hearts of many fans across Asia. His performance in Full House has won him the Best Actor Award at the KBS Acting Awards.
His 3rd album "It’s raining" has been released in Japan, Taiwan, Hong Kong, China, Singapore, Indonesia, Thailand and has top the foreign music charts in those countries. This album has selling over 1 million copies in Asia. His concert called "Rainy day" which was held in Korea and Japan had concert tickets sold out on the first day.
In 2004, Rain earned even greater recognition by winning the MTV Asia Grand Slam, winning top honors in all the Asian countries that broadcast MTV Asia. Rain won the "Favorite Artist of Korea" from the 2005 MTV Asia Aid held in Bangkok , the "Popular Asian Artist Award" from Channel [V] Thailand, and the "Best Buzz Asia Award" during the MTV Japan Video Music Award 2005 and the "Best Korean Singer" award in the MTV-CCTV Mandarin Music Honors in Beijing. Rain was also the first Asian performing artist ever to be invited to the 2005 American MTV Video Music Awards in Miami and the 2005 MTV Latin Video Music Awards in Mexico. These accomplishments among others earned Rain media attention including interviews with Time Magazine Asian Edition and CNN Talk Asia.
Rain also won the "Best Korean singer" award 2005 at the Mandarin Music Honors in Taiwan. Having been voted as the best Asian singer by the Taiwanese media, Rain is positioning himself as one of the most admired Asian stars this year. Wherever he goes, he generates huge public interest and becomes a hot topic of conversation. His every move is monitored by the media and draws keen attention from music fans.
In addition to Times magazine voting Rain the second most influential artist of 2006, the magazine has also noted that Rain may do a future collaboration with P.Diddy. This was after reviewing Rain's awesome performances in Madison Square Garden in February 2006. His two concerts, Rainy Day in New York, were sold out in a couple of days.
Rain is currently on a RAINY DAY 2005 Tour which started in Seoul and will travel to Tokyo and Hong Kong. He is creating and showcasing fresh new spectacles at every single concert, and tickets are selling out quickly as a result. His first solo concert in Japan last summer, entitled "Rainy Day Japan" and held at the Tokyo International Forum, was so popular that all the tickets were sold out 30 seconds after going on sale. And the tickets for another of his concerts in Taiwan were sold out the moment they became available. His performances in Hong Kong also sold out in a couple of hours. Rain continues to set records in Asia. Now planning to go beyond Japan and Hong Kong, Rain will make a foray into China by giving a concert in Beijing.
There is also news that Bi will be singing a duet song with Omarion, who used to be the vocalist of the popular, hip-hop group, "B2K", and had starred in the movie, "You Got Served". When Bi's first movie had completed filming in early July, he had departed for the U.S. to discuss about the possibility of singing the duet song with Omarion, and meeting up with his organizers of his Asian Tour.
Bi's Asian Tour will include producers and stage designers (for example, Jamie King and Mark Fisher) who have done tour concerts with famous artists, such as Michael Jackson, Ricky Martin, Madonna, U2, Britney Spears, and the Rolling Stones.
Rain had apparently met Omarion through his producer, Jin-Young Park, who had written a song for Omarion's recent album. Also, after Bi's concert in February in New York - where Omarion had danced to Bi's song "Bad Guy" - Omarion and Bi became friends, says JYP Entertainment. They also noted that the two may star in a movie together one day.
JYP also announced in an interview with Yonhap News on June 4rth, that the two will record their song when Bi arrives to the U.S. the next time, and it will be released as a digital single in Korea and the U.S.
Also, Pepsi Cola has shot a TV commercial with Bi and Christina Aguilera, a well-known, American pop singer and star. There is also talk that the two will sing a duet song together.
Bi's fourth album will be released in Korea in the fall.
Korean Discography Albums Volume 1 | Bad Guy Volume 2 | Rain Volume 3 | It's Raining
Singles나쁜 남자 | Bad Guy (debut single) 악수 | Hand Shake 태양을 피하는 방법 | Way's To Avoid The Sun 알면서 | You Already Knew It's Raining I Do
Japanese Discography
Singles Sad Tango (2006) Free Way (2006)
Chinese Singles 手記 | Memory In My Hand (2006 for Pantech)
Filmography Television Series [2002] Orange / 오렌지 [2003] Sang Doo, Let's Go To School [2004] Full House [2005] A Love To Kill Sangdoo, Let's Go To School (2003) had good ratings but Full House (2004), in which he costarred with Song Hye Gyo, was much more popular. The story is based on a manwha about a girl who marries an actor while trying to get back her house.
In his most recent and most popular drama, A Love To Kill (2005), Rain portrays a man who works as a bodyguard for a famous actress to take revenge on her for putting his brother into a vegetative state.
Other appearances Commercials [2005] DOHC Clothing Line (Korea) [2005] Pantech Mobile Phone (China) [2006] DHC Cosmetics Career (Hong Kong, China,Taiwan) [2006] Pepsi (Hong Kong, China, Taiwan)
News In early May of 2006 Rain was the first Korean performer honored as one of the 100 most influential people who shape the world [2] by Time Magazine.
Superstar Rain headed to New York and walked down the red carpet at the Lincoln Center to attend the Time 100 party [3]on Monday, May 8 2006 where he was given a commemorative medal.
Rain is becoming more and more popular, and is now at the level of an international star. He will make his official debut in the United States in 2007.
On May 29, 2005, Rain was invited to the MTV Japan Awards as a performing artist in Tokyo, Japan. He is the only non-Japanese Asian singer to perform at the show. Other international guest artists included American singers Ashanti, and Mariah Carey. He performed the title song from his latest album, It's Raining.
On July 1, 2005, Rain held his third album showcase and press conference in Beijing, China. He also performed at various mini concerts in Hong Kong on July 3-5. Thousands of fans swamped the Hong Kong International Airport to greet him. His popularity in Hong Kong and China has soared since the KBS series "Full House", starring the artist, aired in that country.
Rain has been invited to perform at the pre-match show of the game between the English premier league team Manchester United and Japan’s Kashima Antlers on July 28 at 7 p.m. at the Tokyo Yoyoki National Stadium.
Rain held his first solo concerts in Japan, entitled "Rain Day In Japan," on July 30-31, 2005 at the Tokyo International Forum, Aug. 3-4, 2005 at the Osaka Pension Hall and an encore concert held in Budokan, Tokyo.
Rain held his first solo concerts which sold out within a few days in the United States, entitled "Rainy Day in New York," on February 2-3, 2006 at the Madison Square Garden, New York. Both nights were sold out and Rain was the subject of a profile in the January 28th New York Times and his performance at the Madison Square Garden was also reviewed by the New York Times. The review also noted possible future collaboration with Sean Combs, who at the concert named him the first Asian Sean Jean model. In March of 2006, it was announced that Rain was to make his film debut in the movie "I'm a Cyborg, But It's Okay" (Saibogujiman Kwenchana). Filming has already begun and the movie is said to be released around December. His fourth album will be released on October 15, 2006. He will then tour 11 countries in Asia to promote his new album.
(Taken from http://www.jizo-entertainment.com/biographies/Rain_Bi.htm)
Kampung Budaya Sarawak yang juga dikenali sebagai Sarawak Living Museum ataupun Muzium Hidup Sarawak ini terletak di kaki Gunung Santubong, 35 km daripada Bandaraya Kuching. Kampung Budaya Sarawak menampilkan kebudayaan masyarakat majoriti di Sarawak antaranya seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan Penan. Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak adalah sesuatu yang wajib jika anda berkunjung ke Kuching. Pelbagai budaya dan kraftangan ada di sini antaranya seperti Kain Songket, Pua Kumbu, Melanau Terendak, Bidayuh tambok, Iban Parang and ukiran kayu orang Ulu dan seramik Cina.
Rumah Orang Bidayu.
Ada juga persembahan live selama 45 minit disajikan kepada para pengunjung di Kampung Budaya Ini. Pastinya ianya seolah-olah anda melawat ke seluruh negeri Sarawak cuma dalam masa satu hari saja. Pelbagai kemudahan juga disediakan di sini seperti kedai kraftangan, restoran, surau, dan homestay room.
Di Dalam Ruai Rumah Iban. Rumah Orang Ulu...Tinggi...
Pada 31 0gos yang lalu, bersempena dengan sambutan hari merdeka yang ke 51, aku, Cekgoo Nazri, Cekgoo Azri dan Cekgoo Am telah berkunjung ke Kampung Budaya bagi memenuhi permintaan Cekgoo Am yang berkhidmat di Sabah.
Rumah Orang Melanau
Buat pertama kalinya jugaklah aku mencuba satu permainan tradisional masyarakat org Sarawak iaitu menyumpit. Mula-mula tu memanglah susah, tetapi selepas dua tiga kali percubaan akhirnya aku tahu teknik sebenar untuk menyumpit target. Dapat lah jugak kitaorg cenderamata dari Kampung Budaya atas usaha kitaorang untuk menyumpit tepat ke arah target. Ianya merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan dan tak mungkin akan di lupakan.
Rumah Orang Melayu Motif Orang Ulu yang Sangat Cantik
Ucapan terima kasih yang tak terhingga sebenarnya aku nak ucapkan kepada rakan-rakan aku yang telah membantu kitaorang utk mendapatkan tiket dengan harga yang murah dan membuatkan kami berempat selesa dengan suasana di Kampung Budaya. Next time tolong lah lagi yer Neng, Bob dan Benjamin yer.
Sempat lagi posing dekat rumah Orang Ulu
From left:Cekgoo Am, Me, Cekgoo Azri and Cekgoo Nazry
Semua org di dalam dunia ni boleh menari. Tetapi berapa ramai pulak org yang betul2 boleh menari tarian tradisional? Aku nak share sikitlah pengalaman aku sebagai seorang penari (walaupun utk part-time jer). Sesungguhnya pengalaman2 sebegitu memang tak leh dibeli di mana-mana. Once you get involve, then you can feel the experience. Aku mula aktif menari sejak aku join PESKA di UiTM Shah Alam. Byk tempat dah aku pergi untuk buat persembahan. Macam macam jenis tarian dah aku belajar. Dulu dengan Peska, aku kata org sambil menyelam sambil minum air. Aku ke Perak, Negeri Sembilan dan aku dapat ikut citrawarna negeri Selangor utk dua tahun. Memang satu pengalaman yang memang best. Dapat jumpa org baru, kawan baru dan berjalan-jalan ke negeri org. Kalau nak harapkan duit sendiri memang tak sampailah jawabnya. Bila aku balik Sarawak pulak, mula mula tu tak involve sgtlah aku dgn tarian2 ni sebab tak kenal org lagi. Tapi lepas aku dah kenal few people in dancing, aku mulalah ikut macam macam persembahan dan pertandingan. Dengan cara ini, sedikit sebanyak, dapat mengajar aku secara tidak langsung tarian-tarian tradisional masyarakat negeri Sarawak sendiri yang memang aku tak dapat belajar dgn sendirinya. Dah macam macam outfir tradisionl aku guna...yang paling meriah dan vouge aku rasa adalah pakaian pahlawan org Ulu. Memang bestlah pakai. Dengan bulu di topinya, jaket kulit haiwannya. Dah rasa macam pahlawan jugaklah (Ado ke..). Aku juga dah puas mengikuti perarakan citrawarna Negeri Sarawak di KL. Time tu lah masa aku utk jumpa kawan2 lama Peskat. Adalah dua kali citrawarna Kl yg aku join tapi aku puas hati. Siapa tak nak gie KL dgn tiket free, hotel free, makan free, dapat elaun, dgn pergi lak dgn kawan2. Best bah!!! Salah satu pengalaman menari yang aku tak leh lupakan ialah aku pernah buat persembahan diatas pentas dimana masa tu Dato Siti Nurhaliza adalah artis undangan. Masa tu first timelah aku jumpa Siti. Memang Siti ni lainlah bila kita tgk dia live. Lebih lebih kecik dan nampak lebih nampak cantik. Senyuman dia memang tak pernah lekang. Sekarang ni, aku dah slow sikit lah bab menari-nari ni sebab kerja aku dah mula melambak. Lagipun aku pun priority aku kepada teaching sebab itu memang passion aku. Tapi kalau ada peluang lagi in the future, apa salahnyakan kalau aku nak join...
Dalam kehidupan kita, setiap masa yang kita lalui memang sangat bererti dan berharga. Terpulanglah kepada kita untuk menilai dan melihat kepada hasilnya. Kat sini aku cuma nak refresh balik memori lama aku masa aku di tingkatan 4 dan 5 tahun 1995-1996. Masa tu aku sekolah kat SMK Sg Tapang, Kota Sentosa (Dulu Bt.7). Aku masih ingat waktu tu aku di dalam tingkatan 4A dan jugak 5A. Waktu tu kelas tu kira kelas Aliran sastera yang terbaik lah kat sekolah tu..berapa ramai dlm kelas waktu tu pun aku dah tak ingat sgt (boleh kira sendiri kat dlm gambar). Memori masa sekolah tulah yang aku memang tak leh nak lupakan..byk sgt memori kitaorg yang bila kenangkan sorang2 boleh senyum sorang lah (macam org gila gak ek). Waktu tu, best friends aku adalah Emilia (sekarang cekgoo kat Miri), Mary (sekarang pramugari MAS), Junical (sekarang inspektor Polis kat Sabah, Talib (kerja kat Hospital Umum Kuching) dengan si Normi (tak tau ke mana dah budak ni). Kitaorg adalah antara favourite cekgoo jugaklah masa tu, especially aku dengan si Emilia ni. Bukan apa, ada jer pertandingan berbalas pantun, bahas, forum, menyanyi, gerentilah muka kitaorg lah yang muncul dulu. Kekadang tu, sampai cekgoo sendiri yang panggil, sebab dah tau siapa yg boleh mewakili sekolah masa tu. Form teacher kitaorg masa tingkatan 4 dan 5 masa tu adalah Cekgoo Peter Yeoh (ingat aku nama dia, cekgoo Maths bah). Dia nie nampak jer garang tapi orgnya sempoi. Ngajar aku tak pernah tak kena marah. Memang aku ni salah sorang lah yang selalu kena marah marah kelas dia. Mana taknya...lemah dlm subject tu.Lagipun bukan subject favourite aku. Subject favourite aku kalau korang nak tau mestilah Bahasa Inggeris. Tu sebab aku jadi teacher sekarang. Ahaks. Satu lagi subject yang aku tak suka iyalah sejarah. Ampun setiap kali waktu sejarah, mulalah aku dgn geng2 aku pandang sesama sendiri, sebab boring. Masa tu Cekgoo Peter gak tapi Peter apa aku tak ingat dah. Mungkin subject tu sendiri meminta kita utk mengimbau sejarah negara dan dunia..something yg memang aku tak minat. Tak minat pun aku dapat 4 tau utk SPM. Terkejut jugaklah cekgoo aku masa tu sebab bayangkan aku tak pernah lulus kertas sejarah sejak tingkatan 4..alih-alih boleh kredit masa SPM. Aku pun pening gak pikir tapi tak kisah lah..janji kredit..hahahaha. Kitaorg kalau masa rehat, mesti rehat sama. Maklumlah masing-masing pegang jawatan pengawas sekolah. Konon jaga bangunan lah suruh semua budak turun dari bangunan. lepas tu, kitaorg berkumpullah buat ketupat. Ingat lagi aku masa aku tingkatan 4, aku gaduh dengan senior perempuan pengawas aku tingkatan 5 disebabkan mulut aku yg suka menyamakan nama dia dgn sejenis makanan..hahaha..masa tu aku lawan balik. Tak ingat siapa yg memanglah (aku rasa aku kot..hahahaha). Yang tak bestnya, setiap kali lepas waktu rehat adalah muka si George, Ponch dgn si Alex minta roti yg aku suka beli kat kantin sekolah..kalau tak bagi..kecian..bila bagi tak cukup pulak..tapi itulah antara memori yg aku memang tak leh lupa. Macam macam perangai manusialah aku jumpa masa aku di dalam kelas tu dulu. Ada yang suka control ayulah, brutal lah, kecohlah, bengaplah, berangan handsomelah..hehehehehe. Kalau diingatkan semua, tak cukup blog aku ni. Sekarang, ada yg masih aku contact dan ada yang dah lost contact. Yang aku tahu majoriti dlm kelas aku sekarang dah byk yg jadi cekgoo WALAUPUN pada mulanya hanya aku sorang jer yang masuk U masa tu dlm kursus pendidikan. Kebanyakkannya masuk form 6 kat SMK Batu Lintang. Aku dapat gak tapi aku tak gie sebab masa tu aku dah dapat tawaran masuk PPP UiTM sec 17 kat Shah Alam. Apapun, semua tu memang kalau boleh di repeat memang aku nak repeat sgt. Kes kamiorg nakal tu takyahlah korang nak tau sgt. Biar kitaorg-kitaorg jer yang tahu. Semoga one day nanti, kitaorg semua dapatah jumpa balik dan mengimbas kembali memori kitaorg bersama selama 2 tahun di SMK Sg Tapang. Memang tak cukup hari nyer nak digunakan utk berkongsi semua tu. To all my ex-classmate of 4A & 5A SMK Sg Tapang year 1995-1996, I wish you all the best and success in your life where ever you are. Keep all the memories in our heart. Friends Forever...Muuuaahhh
Banyak benda yang korang patut tahu tentang aku. So, Baca jerlah blog aku ni. Sesungguhnya aku ikhlas di dalam penulisannya. Andai ada yang terasa, aku minta maaf awal2 yer..